Tuesday, 19 April 2011

I.N.D.A.H





Bermula dari mata
Turun ke hati
Minda mentafsir
Mengalirkan cintakah
Atau mengalirkan racunkah
dalam nada tafsirannya

Ada orang memandang langit pagi itu indah.
Ada orang memandang langit senja itu indah.
Ada orang memandang langit terhias bintang itulah kesempurnaan yang tiada tara.

Indah itu subjektif

Boleh jadi indah hadir bersama rupa
atau disebalik rupa
atau mungkin tiada rupa
Sekadar hadir bersama imaginasi
atau sekadar luahan emosi

Ada orang mentafsir indah itu..
bila burung merpati terbang tinggi di angkasa
menyanyi nyanyi menghibur diri
Ada orang mentafsir indah itu..
 bila burung besi terbang tinggi di angkasa
 mencari cari sesuatu tersembunyi
Ada orang mentafsir indah itu..
 bila lakaran kanvasnya menyembunyikan merpati
disebalik cantuman besi besi
...

Terserah kamu

Kau adalah penentu apa yang kau mahu
Selamanya kau takkan mampu memandang melalui sudut pandang manusia lain

Keindahan itu milik kamu
Hanya kalau kamu mahukannya.....




.Zye.